Monday, August 30, 2010

Mari Kita Sama2 Mengimbas Kembali Detik Sejarah Kemerdekaan Malaysia!

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
( 1957 - 1970)
 
 Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947. 

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka. 
 
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.


Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengisytiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'. 

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya. 

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. 

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak. 

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. 

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. 

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci. 

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 MARILAH KITA SAMA2 MENGHAYATI PENGORBANAN DAN PERJUANGAN PEMERINTAH KITA SEBELUM INI BAGI MEMBEBASKAN TANAH MELAYU DARIPADA DIJAJAH...MERDEKA!

Monday, August 23, 2010

Dpt sesuatu tp penattttt............sangat.


Salam..hai kawan2 dh lama aku x menjenguk dan menaip di blog aku nihh. Smlm aku cuti...ada hal sbnrnya. Tp x smpat nk bgtau sesapa kat opis kecuali en mizi...sbb mgu lps sibuk ngan audit kan..hhmm...
     Pagi2 lagi aku dah bersiap nk ke KL...ngan usband n adik ...si kecik tgl cm biasa kt pengasuh...cian ady. Pastu masa on the way ke Kuchai Lama, jln jame la pulak...tension!! mmg time bln posa ni tahap kesabaran aku kureng skit...ehehehe. Bla dh smpai kt bengkel kete...membe laki aku plak xder...bengang lagi..dah la pg2 td dh ada org yg buat aku marah...skang kawan laki aku lak jd mangsa keadaan. Tp aku lega bla dpt tau yg membe laki aku tu x dtg keje sbb ada kematian..
     Seterusnya aku g Pertama. Fuhh dh lama aku x ke sini..dulu masa bercintan tpt ni yg selalu aku lewati..hehehehe. Masa smpai kt kedai tu mmg lengang..syok giler klu shoping time camni (usband aku ckp la). Time kat fitting room tu kan...ntah camne tgn aku leh tersepit kat pintu tuh..aduiiiiii sakitnyerr....nasib baik aku sempat bgtau kt usband aku yg tangan aku tersepit..klu tak...abislah jari kelingking aku...smpai ke hari ni jari aku masih terasa kebas. Nasib badan.....

     Lepas gi Pertama aku g Loy Yat....mmg dpt apa yg perlu tp...penatnya hanya Tuhan saje yg tahu...si pakwe asyik mengeluh penat..penat...ehehehe..nk tergelak pulak dengo. Sampai umah pon pakwe ckp penat berkali2...hehehe..sabor je lah bang..aku ckp kat dia, lain kali kita g shoping MALAM...leh makan2..:)

Wednesday, August 4, 2010

Epy Besday Ady....1 year

Celebrate kt umah opah ady..
kena pegang baby boy ni erat2..klu tak abis suma brg atas meja tu...hihi
ady with his papa


Kek yg dibuat oleh kak anis...sedappp...

Tuesday, August 3, 2010

Kursus...OBI for IPTA

Assalamualaikum to all my friends..


Hari ini tanggal 4 Ogos 2010 aku join courses OBI for IPTA at Bangunan Teknologi Maklumat, UPSI. Aku mula-mula kenal dengan OBI ni from my friend la. Saje nk tau background pasal sistem ni. Apa istimewanya dia dan feuture dia....boleh la paham tp input dia pelbagai. Kekadang pening jugak kepada den nih..heheheh. Ada 1 tahap tu aku mengantuk giler bila cikgu tu ckp pasal database..pastu wat coding lak tu..ahaksss...mmg lemah skit la bab command2 nih.

Petang ni sambung courses tp yg ni lg adventure lah sbb kita akan try buat secara live. Ini bahagian yg paling best..sbb kita akan try test n xdela nk tgk skrin jerk. Ramai peserta daripada IPTA lain termasuklah dr UIAM, UTM, UKM...dll. Not bad la sbb kalau kat luar kursus ni berbayar..lagi mahal. So i take an opportunity to join the courses lah. Just added a knowledge to improve myself.

Kursus ini akan bersambung sehingga keesokan harinya...aku doakan moga aku akan mendapat manfaat daripada ilmu yg dipelajari ini, insyaAllah.............amin