Tuesday, March 27, 2012

Prezi @ KSAS 27 Mac 2012

Salam semua!!
Apa khabar kawan2 ku...lama x add news kat blog aku nih..moh tengok presentation by Prezi kat bawah ni..silalah komen yerr (ok ke idak).

Saturday, August 20, 2011

Salam Ramadan & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam...lama rasanya x update blog nih.

Hari ini genap 21 hari kita berpuasa dan alhamdulillah setakat ni puasa ku penuh. Sebelum tu aku ingin mengucapkan takziah buat keluarga En Ismail Man di atas pemergian anaknya iaitu Muhammad Amirul pada 20/8/2011.
Pagi ni aku rasa seronok sangat coz dpt bersahur dengan usband. 1st time dia kata 'esok abg bangun' sebab aku cakap nak masak sardin, hehe. Pagi ni planning nya mcm2 nak buat tapi...kol 10 ni si kecik dah bangun, dah menyusu tapi still nangis jugak, saje x kasi mama update blog ye. Lepas ni nak lipat baju, ganti langsir, kemas dapur, lap itu lap ini..hhmm tp xtau la bole settle ke idak, insyaAllah...
Pasal persiapan raya thn ni mcm biasalah sederhana je...baju yg ditempah dh siap dijahit, baju melayu ady mak buatkan, bju melayu usband dh tmpah tp x amik lg, kuih esok dpt....duit raya dh prepare...rasanya itu ajer. Tahun ni beraya di jb n batu pahat...x sabor rasanya nk jumpa family n sanak saudara yg lain...sbb thn ni ada family day raya ke-3...:)
Kepada membe2 yg terbaca blog aku nih...saya zaharah abdul mobin ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap spt terkasar bahasa, tersakitkan hati secara sengaja or tdk senghaja yer..aku hanyalah insan biasa yg x perfect. Jika korang berkelapangan, jemputlh datang ke rumah di Sg. Choh, Rawang.
Akhir ayat, aku n family ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...."






Thursday, May 26, 2011

Welcome to the world! My 2nd son -- Muhammad Rahimy Bin Mohd Rafie

Salam..
Tanggal 25 April 2011 aku telah selamat melahirkan baby boy seberat 2.33kg di Hospital Selayang pada jam 10.59mlm. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan. Cuma yg tak boleh elak masa sakit sebelum nak beranak lah, mmg sakit sgt2...hanya Allah yg Maha Mengetahui..masa anak pertama dulu x sakit sangat camni...hehe. Itula dugaan semasa nak bersalin yg terpaksa ditempuh oleh ibu2 atau bakal ibu. Kat bawah ni ada gambar baby yg sempat di snap.







Kesian tangan adik bekas cucuk jarum

Wednesday, May 25, 2011

Taklimat GP di Kelantan dan Terengganu

Salam, hari ni aku baru berkesempatan nk menulis di blog sendiri. Dah lama rasanya x buka blog sendiri, tp klu buka blog org lain laju je sbb pe'el aku ni yg jenis malas nk mengudate blog.
Hujung bln 3 yg lalu ada pegawai offer ikut g Kelantan dan Terengganu sbb ada Taklimat kepada Guru Pembimbing di sana. Time tu aku tgh ngandung 7 bulan. Oleh kerana x ada staf lain yg boleh join, jd aku offerkan diri lah. Aku berada di Kelantan dan Tganu selama 4 hari 3 malam dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Lepas ni xtau bila aku leh ke sana lagi....meh tgk gambo2 yg sempat di snap.





Wednesday, March 30, 2011

Perkataaan pertama ..

Assalamualaikum..

Pada 26-29 Mac 2011 aku pergi rombongan cik kiah ke Terengganu dan Kelantan (hehehehe, taklimat kepada Guru Pembimbing oleh Dr. J kami). 4 hari 3 malam kat sana...1st time aku tinggal anak lama sikit ngan papa dia. Alhamdulillah si kecik tak banyak ragam.

Time aku balik hari selasa petang tu...aku ada beli air oren, dengan tak semena-mena aku dengar satu perkataan keluar dari mulut dia...iaitu 'AIR'. Ya Allah betapa terharu nya aku...memang sebelum ni aku tak pernah dengar ayat dari mulut dia yang aku boleh faham, tapi masa dia sebut air memang aku dah dapat tangkap maksudnya. Aku bersyukur sangat2...nak tau air apa yang aku tunjuk kat rusydi??

Inilah airnya..twister.

Program Hujung Bulan 2

Assalamualaikum,
Setelah sekian lama, baru petang ni aku ada masa nak edit blog.....sekarang dah hujung bulan 3, bermakna cite yang aku nak kongsikan dah berlalu sebulan yang lepas...ehehehehehehe.

Hujung bulan 2 yang lepas aku n family pi jalan2 kat pulau..iaitu Pulau Langkawi..inilah 1st time aku jejakkan kasi di sini. Teruja yang amat sangat sebab 1st time aku naik kapal terbang ke Langkawi. Aku pegi sana 3 hari 2 malam...bersama mak mertua n adik ipar...suami n anak x terkecuali..hahahaha.

Memang pemandangan di sana cantik2 belaka..dan aku berpeluang naik kabel car walaupun cuak yang amat..Yang bestnya kat Langkawi ialah antara 1 tempat dgn tempat yg lain mmg x jauh....so pergi selalu pon x apa..cuma time aku gi sana cuaca memang panas terik lah...mmg percutian yg menarik dan sbnrnya byk tpt yg aku x pergi lagi kat Langkawi tu..lps ni klu pegi sana pon maybe ikut jln darat jer..nk merasa naik bot pulak.

Tempat yang aku singgah kat Langkawi seperti kabel car, kedai minyak gamat, pantai chenang, makan Mahsuri (x masuk pon), kedai2 (x igt la nama kedai), tujuh perigi (pon x masuk sbb kena naik bukit), dataran Langkawi.



Thursday, January 6, 2011

Jalan2 ke Genting.....26/12/2010


Ini kisah jln2 aku yang ke 2...end of the year 2010!

26/12 yg lepas hari Ahad aku g kenduri umah zie Canselori kat Kampung Kelawar. Sblm pegi tu dh plan time balik nk naik genting, jalan2 cari penat.....ehehehe...mak mertua ngan adik ipor nk join sama...apa lagi on planning laa...masa kenduri kat umah zie..cuaca teramat la panas, tp Alhamdulillah semuanya ok

Masa smpai ke Genting, org tersangatlah ramai almaklumlah smlm nya Krismas....tapi oleh kerana nk test si ady naik gondola, papa dia awal2 dah beratur di garisan...hehehe. Lama beb...sejam or sejam lebih ada la..baru dapat naik gondola tu..time balik pon sama gak, aku pulak yg beratur n papa jaga ady kat luar...dah dekat baru masuk line..time kat Genting mmg syok la sejuk giler...time nk balik penaattt yg amat sbb penat berjalan n melayan si kecik tu. Kat bawah ni aku tunjuk gambo2 yg smpat di snap...












apa yg ady tengok tu???