Thursday, December 23, 2010

PeRtuNangAn 'Pe' with hIs FiaNcEE

Assalamualaikum semua!!
     Akhirnya..setelah sekian lama ku tidak aktif utk blog aku nih..letih bru balik dr Pekan Tanjong Malim, hehehe. Alkisah....adik aku dengan panggilan 'Pe' tunang pd 12/12/2010 kat johor. Aku nekad nak balik jugak, ntah kenapa hati ni nak balik jb walaupun baru balik deepavali lepas.
      Macam biasalah kebiasaanya aku boleh balik hari sabtu petang, gerak pukul 5 petang, after asar then smpai jb kol 9 mlm...huhuhu betapa pantasnya laki aku drive mlm tuhh....140km/j tak kurg kecuali kena sound ngan aku...hehehehe. Alhamdulillah akhirnya sampai gak di jb negeri kelahiranku...mlm tu ssh pulak nk tido, dgn si kecik yg terkejut ngan keadaan sekeliling...aku tido2 ayam je mlm tu sbb ank meragam, nasib badan..
     Esok pagi2 dah tolong si 'pe' amik kek kat taman cempaka....si ady tgal ngan ayah dia kat umah...heheheh cian anak mama yer. Pukul 2 ptg gerak gi hantar pertunangan si 'pe' nih...alhamdulillah ramai yg join n meriah sgt2....puas hati...tu pun sbb si kecik tido tinggal ngan papa dia kt umah...hihihihik. Petang tu gerak balik kl kol 6 petang, nasib baik jln clear from jamm. Sampai rawang ape lagi, perut masing2 lapaq, singgah McD beli apa yg patut then baru blik umah...camtu lah kebiasaannya klu balik jb....wassalam. Kt bawh ni gambo2 sekitar mjlis pertunangan adikku 'Ibrahem atau Pe'. TAHNIAH!




Wednesday, November 24, 2010

Fakta Terkini 2009: Sumber Tenaga Kerja ICT di Malaysia...

Gambar hiasan
  1. Terdapat banyak permintaan untuk pekerja ICT dari tahun ini sehingga 2012. Ini bermakna peluang pekerja untuk pelajar ICT (Sains Komputer, Multimedia, IT, Kejuruteraan Perisian, Rangkaian dsb) di IPTA/S adalah terjamin. Ini FAKTA !!!
  2. 3 bidang pekerjaan ICT yang paling mendapat permintaan adalah pembangunan perisian (41%), rangkaian (21%) dan pangkalan data (12%).
  3. Syarikat ICT berstatus MSC menjana 6,741 jenis pekerjaan bidang ICT pada tahun 2008-2009. Ini FAKTA !!!
  4. Kemahiran yang diperlukan pada 3 tahun datang (2012) adalah : Multimedia tools (19%), SAP (17%), Networking (14%), Database(12%), BI & Analytics (12%), and Software development (11%).
(ikhsan daripada blog: http://firdaus-harun.com/)

Sunday, November 7, 2010

Weekend yang menyeronokkan dan H@pPeNiNg!!

Salam, hai kawan2 ku semua....how's ur weekend? Inilah topik aku hari ni, xleh tunggu esok, nnti lupa nak post kat sini..hahahaha (korg mesti ckp..'Ada aku kesah'?) 

Hari Khamis lepas aku cuti sbb nak balik kampung kat Skudai, JB. Aku plan nak balik awal tapi x kesampaian sbb ada emergency case. Tup2 kol 12.00 tghr aku baru kuar dari rumah. Kali ni aku balik kampung dgn adik dan pengasuh ady (2 orang). So semuanya 5 org termasuk ady....sbnrnya aku ni klu time nk balik jb je suka rushing, tp bak kata abang aku yg kat Bahau tu, x yah rushing2 (teringat kata2 dia). So aku buat biasa jer, x pikir nk cepat sampai. Sblm balik Skudai, aku kena singgah kampung lak amik lauk tuk gathering...so smpai je kt kampung, lepak2 dulu...after maghrib balik balik Skudai. Pukul 10 mlm sampai umah aku...alhamdulillah.

Jumaat malam....saat yang ditunggu2 sudah tiba!! semua adik beradik aku ada kecuali my husband lah. Macam2 menu malam tu contohnya...barbeque (udang, sotong, ayam, ikan, sate), mee kari, mee rebus, buah-buahan. Nasib baik x sakit perut mkn macam2....alhamdulillah sambutan kali ini menggalakkan...hehehehe. Aku memang tak larat betul masa gathering nih, si ady lasak betul, nk berjalan je kerja dia....abis pakcik makcik dia penat melayan kerenah dia. Aku toksah cakap la mmg ponat sepanjang masa..hehehe.

Sebenarnya aku nak citer pasal lauk2 yang aku idam2kan nak makan....kari ayam, ketam masak lemak dan siput sedut, alhamdulillah mak aku ingat semua tu. Aku dapat makan 3 jenis lauk tu tapi bkn serentak lah...tima kasih mak..love u mmmuahhh..x berakhir kat umah mak...aku sambung kat Batu Pahat pulak...aku idamkan nak minum air shake yg pakcik aku jual..erm...sedap..pastu aku mintak kelapa muda yg warna oren tu kat atok aku..dapat judak...hehehehe..xyah beli kt tepi jalan. Kesian diorang pening melayan kerenah aku kali nih..jgn mare arr..bln slalu ajun balik JB dan BP..jasa korang semua dikenang....ekekeke. Gambar di bawah ni sekadar hiasan je...

Siput sedut masak lomak

Kari ayam

Ketam masak lemak

Tq mak..

Wednesday, October 13, 2010

Family matter...bole jadi stress jugak ye..

Assalamualaikum rakan2 ku sekalian....dan penjenguk blog yg lain.          Sebenarnya dh lama aku x buat coretan kat blog nih..bknnye ape..nk kata malas tu adalah jugak. Balik umah je lepak terus...hehe. Sejak akhir2 ni angin aku x menentu la pulak...kekadang tu hal keluarga n adik2 pon leh jadi pusing kepala..hahahah..sebenarnya aku rindu sgt nk balik jb..planning nk balik time deepavali nih tp ada kekangan lain la pulak. Adik aku yg sorg lagi nk tunang bulan 12, pastu bln 1 nnti sorang lagi nk menikah. Aduyai................nape x tunang tahun depan je 'Pe'..lama sgt la nk tunggu bln 12 tu.

BUDGET oh....BUDGET...muncullah dikau..
Ya Allah Engkau berikanlah aku kekuatan dan tahap kesabaran yang tinggi.....AMIN.
ni lg sorang yg nk tunang bln 12 nnti...
ni sorang lagi nk kawin bln 1....lps ni kita g langkawi sama2 nak...hihi



Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran...2010



Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari lagi umat Islam akan menyambut Syawal atau lebih mudah Hari Raya Aildilfitri. Ramadhan akan berlalu pergi, Syawal akan muncul dan aku pernah jugak terfikir..adakah aku akan berjumpa dengan Ramadhan akan datang? InsyaAllah....


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat rakan2 yang mengenali diri ini...tahun ini aku akan beraya di KL dan raya ke2 baru balik ke BP, Johor..then raya ke3 balik Johor Bahru, insyaAllah...

Buat rakan2 yang memandu balik ke kampung atau beraya ke rumah sanak saudara, diingatkan supaya berhati2 di jalan raya, kalau mengantuk berehatlah di mana-mana hentian rehat yer...sekarang pon kita telah tengok banyak kemalangan yang berlaku akibat kecuaian pemandu sendiri, masyaAllah..minta dijauhkan.

Jika ada kelapangan, jemput lah datang ke rumah saya di Sungai Choh, Rawang....

Monday, August 30, 2010

Mari Kita Sama2 Mengimbas Kembali Detik Sejarah Kemerdekaan Malaysia!

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
( 1957 - 1970)
 
 Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947. 

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka. 
 
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.


Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengisytiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'. 

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya. 

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. 

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak. 

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. 

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. 

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci. 

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 MARILAH KITA SAMA2 MENGHAYATI PENGORBANAN DAN PERJUANGAN PEMERINTAH KITA SEBELUM INI BAGI MEMBEBASKAN TANAH MELAYU DARIPADA DIJAJAH...MERDEKA!

Monday, August 23, 2010

Dpt sesuatu tp penattttt............sangat.


Salam..hai kawan2 dh lama aku x menjenguk dan menaip di blog aku nihh. Smlm aku cuti...ada hal sbnrnya. Tp x smpat nk bgtau sesapa kat opis kecuali en mizi...sbb mgu lps sibuk ngan audit kan..hhmm...
     Pagi2 lagi aku dah bersiap nk ke KL...ngan usband n adik ...si kecik tgl cm biasa kt pengasuh...cian ady. Pastu masa on the way ke Kuchai Lama, jln jame la pulak...tension!! mmg time bln posa ni tahap kesabaran aku kureng skit...ehehehe. Bla dh smpai kt bengkel kete...membe laki aku plak xder...bengang lagi..dah la pg2 td dh ada org yg buat aku marah...skang kawan laki aku lak jd mangsa keadaan. Tp aku lega bla dpt tau yg membe laki aku tu x dtg keje sbb ada kematian..
     Seterusnya aku g Pertama. Fuhh dh lama aku x ke sini..dulu masa bercintan tpt ni yg selalu aku lewati..hehehehe. Masa smpai kt kedai tu mmg lengang..syok giler klu shoping time camni (usband aku ckp la). Time kat fitting room tu kan...ntah camne tgn aku leh tersepit kat pintu tuh..aduiiiiii sakitnyerr....nasib baik aku sempat bgtau kt usband aku yg tangan aku tersepit..klu tak...abislah jari kelingking aku...smpai ke hari ni jari aku masih terasa kebas. Nasib badan.....

     Lepas gi Pertama aku g Loy Yat....mmg dpt apa yg perlu tp...penatnya hanya Tuhan saje yg tahu...si pakwe asyik mengeluh penat..penat...ehehehe..nk tergelak pulak dengo. Sampai umah pon pakwe ckp penat berkali2...hehehe..sabor je lah bang..aku ckp kat dia, lain kali kita g shoping MALAM...leh makan2..:)

Wednesday, August 4, 2010

Epy Besday Ady....1 year

Celebrate kt umah opah ady..
kena pegang baby boy ni erat2..klu tak abis suma brg atas meja tu...hihi
ady with his papa


Kek yg dibuat oleh kak anis...sedappp...

Tuesday, August 3, 2010

Kursus...OBI for IPTA

Assalamualaikum to all my friends..


Hari ini tanggal 4 Ogos 2010 aku join courses OBI for IPTA at Bangunan Teknologi Maklumat, UPSI. Aku mula-mula kenal dengan OBI ni from my friend la. Saje nk tau background pasal sistem ni. Apa istimewanya dia dan feuture dia....boleh la paham tp input dia pelbagai. Kekadang pening jugak kepada den nih..heheheh. Ada 1 tahap tu aku mengantuk giler bila cikgu tu ckp pasal database..pastu wat coding lak tu..ahaksss...mmg lemah skit la bab command2 nih.

Petang ni sambung courses tp yg ni lg adventure lah sbb kita akan try buat secara live. Ini bahagian yg paling best..sbb kita akan try test n xdela nk tgk skrin jerk. Ramai peserta daripada IPTA lain termasuklah dr UIAM, UTM, UKM...dll. Not bad la sbb kalau kat luar kursus ni berbayar..lagi mahal. So i take an opportunity to join the courses lah. Just added a knowledge to improve myself.

Kursus ini akan bersambung sehingga keesokan harinya...aku doakan moga aku akan mendapat manfaat daripada ilmu yg dipelajari ini, insyaAllah.............amin

Wednesday, July 28, 2010

Wah!!! Seronoknya dpt tengok CSI Trilogy

Assalamualaikum..dah lama aku x menjengah blog. Baru hari ni berkesempatan sebab aku nk heboh pasal CSI Trilogy!! hehehehe...akhirnya dpt jugak aku tengok 3 CSI serentak...tp aku termiss 1/2 jam pertama la..ni gara2 suami aku yg dengki. Dia nk tengok cite Gerak Khas, dia ckp yg CSI start kol 10 mlm..bila aku dpt tau jerr....perang dunia ke 3 bermula..hahahahaha...anak aku tercengang2 tengok pama dia gaduh...ish3 x ptut x patut...apapun aku puji la CSI Trilogy nih CSI: Miami (Bone Voyage), CSI: New York (Hammer Down) dan CSI: Las Vegas (The Lost Girls). Masa tengok cite nih susah nk bergerak, mata pon lambat berkelip..hahaha...penangan dia tu dahsyat betol. Akhirnya dapat juga Dr. Ray Langston menyelamatkan remaja bernama Medialle..kalau aku x silap la..hihi. Akhir cerita ni aku nk nangis pon ada...sedih. Jahat betul bila geng Rusia perlakukan gadis2 camtu. Siap tanam kat padang pasir tu...aduiihhh dahsyat2. Apapun aku mmg enjoy tgk CSI Trilogy ni. Lps 10 tahun baru diorg buat 3 dlm 1....success....

Bos untuk setiap episod CSI...H, Ray n Mac

Monday, July 19, 2010

Eppy BeSd@y 'Rusydi'...PaMa Love U

Wah3....seronok nye aku hari ni. Hari ini merupakan Hari Lahir Anakku Muhammad Rusydi Mohd Rafie yang ke 1 Tahun, la...bertarikh 19 Julai 2010....alhamdulillah, PaMa doakan moga ady panjang umur n murah rezeki, jadi anak yang soleh dunia akhirat. Kalau ady nakal mama bubup tau!!  Aku x sangka dah genap setahun aku n papa membesarkan ady dengan tabahnya...hehehe. Pagi2 aku dh terdengar papa dia menyanyikan lagu 'Eppy Besday to uuuu...' to ady..alalalala...ady cam tau2 je arini besday dia..bangun pon awal daripada biasa. Skang dah pukul 5.20 ptg...aku nk balik amik si ady kecik tu n celebrate besday dia ngan pengasuh. Salam sayang buat papa, ady, sedara n rakan2 yg membaca blog aku nih...wassalam.

Selepas  itu...sambut besday ady di rumah pengasuh..

Epy Besday Rusydi...ady xde mood la mama..bru bgun tido..hehe
Dari pukul 6.00 - 6.30 petang aku stay kat umah pengasuh si ady ni meraikan hari lahir dia dengan pengasuh n jiran tetangga kat situ. Majlis tu ok cuma anak aku xde mood time tu sbb dia baru bangun tidor. Nak wat camane kan dah beli kek...so on je lah. Tengok la gambo tu, x senyum pon dia, mama dia lak yg over, x gitu?? hehehehehe..tp apapun mama n papa doakan moga ady panjang umur n murah rezeki...cepat2 jalan tau..love u.

Thursday, July 15, 2010

Sentiasa Terfikir ke Arah Itu

Salam...."hai kawan2". Perkataan itu yang mula2 aku dengar pagi tadi daripada seorang cleaner UPSI..huhuhu. Diorg memang friendly lah. Pagi ni aku dpt rasakan yg mood aku x berapa baik. So sorry la ye kpd sape2 yg terkena hari ni. Aku sibuk jugak la 2-3 menjak nih. Sekarang ni aku selalu pikir ke arah itu..korg nk tau tak apa?? hehehe..pasal keje la. Mulai sekarang aku kena belajar perkara2 yg berkaitan dengan sistem UPSI nih..aku kena join the group tuk mantapkan lg sistem KI...hmmm x yakin je aku leh buat. Tp xper aku ada sifu yg boleh tolong kot....hehehehe insyaAllah di mana ada usaha di situ ada jalan kan.. Jam sekarang menunjukkan angka 6.00 petang. Aku x balik lagi sbb kat luar ujan sangat2 lebat. Patut la punggung aku maleh je nk gerak balik, kalau aku gerak jugak....hhmm abis ler. Kalau ujan lebat mata aku x awas sgt...tp hati2 tu still ada...Cian ady mama terpaksa amik ady lbt skit yerr..tgu mama tau. Aku dah melalut ke mana nih...ok la guyss nk solat then tgu ujan teduh skit baru gerak balik...."Selamat Berhujung Minggu".

Thursday, July 8, 2010

Ku Menangissss....

Assalamualaikum & salam jumaat buat rakan2 ku...sebenarnya dh lama aku x menangis. Inilah topik aku hari ini....hahahaha. Kelakar la pulak. Aku terpanggil nk bercerita pasal ku menangissss...aku terpikir nk tulis pasal post ni sebab aku tengah dengo lagu Rossa nih, best gilerrrrr!!! So touching. Hati aku pon sedang menangis dek kata2 orang sekeliling nih..hati aku ni mmg sensitif skit..tp tu la mulut orang kan kita xleh tutup, kena sabor je. Dulu masa kat sekolah aku dah lali dengan benda2 ni, kalau aku pk apa yg org cakap mmg sakit la. Cuma aku hanya mampu berserah pada yg Esa, aku punya kekurangan diri dan aku sedar yg aku insan yg lemah. Huaa....sedihnyerrrr!! Hanya dengan menangis je aku dpt meredakan kesakitan di hati. Hati ku mudah terusik bila kata2 tu datang dr org yg paling hampir dgn aku cam mak, abah, suami, rakan sekerja. Then aku ni jenis suka pk apa orang pk pasal perbuatan yg aku buat.....korg paham tak??? hehehehe..buat2 paham je la yer..Senang kata 'lu pikirlah hati orang skit!!' Kita tukor topik la...nasib baik pagi ni mata aku x mengantuk, sbb mlm td anak aku xleh tido..dia bangun jam 1 lebih n tidor semula jam 3 lebih. Kesian dia...demam nk pandai sesuatu kot...ok lah friends aku out dulu. 

Monday, July 5, 2010

Bermula Ke'Busy'an Aku? ...Benarkah??

Salam, hehehe dh x tau nk masukkan post aper...
x syok lak ada image atas skali...merujuk kepada tjuk posting aku...aku dh mula BZ sejak akhir2 ni sbb ada projek yg aku perlu dan sedang buat...almaklumlah pengarah baru ni kan. Tapi aku terima dengan hati terbuka. Buat kawan2 ku yang ada Blog, tlg lah komen blog aku ni yer, aku bru nk berjinak2 dengan blog ni sbnrnya..kalau ada apa2 yg kurang bole la kita berkongsi idea kat sini yer. Utk kawan2 UPSI yang membaca blog aku nih, nk maklumkan yg no phone aku 6447 x leh pakai dlm masa 2 bln dr sekarang coz opis tgh renovate. Tp yg pasti pihak BPAQ dh hantar email berkenaan hal ini :) ok la aku chow dulu yer

Permata H@tiKu....Muhammad Rusydi

Ady bersama papa....bawa kete yerr
Ady ku...
Bersama mak-mak ku tersayangg...
Ady bersama nenek...

Sunday, June 27, 2010

Kursus ~Adobe Illustrator~

Salam semua....hai apa khabar hari ni?? masuk hari ni dah 3 hari berturut aku berkursus....hehehe. Hari ni dan esok kursus Adobe Ilustrator 28 & 29 Jun 2010, dah lama aku tunggu saat ni. Aku x pandai nk create imej guna ilustrator ni walaupun org yg TERROR ckp 'senang jer'. Alhamdulillah apa yang aku nak, aku dapat dlm kelas ni. Cikgu2 pon best...my friends from penerbit. Lepas ni kalau aku nk buat poster ke, imej ke...insyaAllah boleh kot...hehe. Seronok jugak belajar ni, seronok belajar 1 hal, seronok tengok perihal org pon 1 hal jugak...ada yg terlalu kreatif...smpai ada yg lukis masjid, ikan...bunga dll, cayalahhhh....:D Oklah..aku nk sambung buat benda lain nih..chow bedah! (hahahaha....aku selalu dengo ayat ni pagi2 masa dengo radio Suria FM)

Thursday, June 24, 2010

Kejadian Semalam Masih Diingatan

Assamalualaikum...

Sampai sekarang aku masih ingat kejadian semalam semasa aku on the way nak balik rumah. Kejadian ni terjadi sebelum traffic light nk ke rumah aku. Jalan tu straigt tau, pastu tgh drive ni aku nampak la sorg pakcik naik motor nk cross jalan. Aku ingat dia nampak kereta aku, tapi tak...rupanya dia x toleh pon ke arah aku. Time tu kereta aku laju la jugak. Tiba-tiba pakcik tu cross jalan tu dengan slow sangat....apa lagi aku pon brek la kete dengan mengejut dan x sempat nk pegang sit anak aku. Apa lagi, anak aku dengan sit2 dia ke dash board...alahai..kesiannya ady...mama mintak maaf..x sengaja. Apa lagi si kecik tu terkejut yang amat sangat. Dia menangis smpai merah2 muka...aduhai..nasib baik nak sampai rumah..haru dibuatnya. Aku bengang n marah sgt2 kat org tua tu....ada ke patut dia nk lintas jalan x tengok kiri...dia tengok depan je. Bila clear dia terus jalan tanpa hiraukan kereta aku yang dah dekat dengan dia....cara dia tu macam x nak cross lagi. Mmg aku tension sgt2...dah la time tu kepala kaki aku lenguh n kepala aku mengong...heee geram betul la...yang aku xleh ingat tu...anak aku la...mulut dia berdarah skit..tapi x lama tu dia cool jer..bagus anak mama, kuat pon.