Wednesday, March 30, 2011

Perkataaan pertama ..

Assalamualaikum..

Pada 26-29 Mac 2011 aku pergi rombongan cik kiah ke Terengganu dan Kelantan (hehehehe, taklimat kepada Guru Pembimbing oleh Dr. J kami). 4 hari 3 malam kat sana...1st time aku tinggal anak lama sikit ngan papa dia. Alhamdulillah si kecik tak banyak ragam.

Time aku balik hari selasa petang tu...aku ada beli air oren, dengan tak semena-mena aku dengar satu perkataan keluar dari mulut dia...iaitu 'AIR'. Ya Allah betapa terharu nya aku...memang sebelum ni aku tak pernah dengar ayat dari mulut dia yang aku boleh faham, tapi masa dia sebut air memang aku dah dapat tangkap maksudnya. Aku bersyukur sangat2...nak tau air apa yang aku tunjuk kat rusydi??

Inilah airnya..twister.

Program Hujung Bulan 2

Assalamualaikum,
Setelah sekian lama, baru petang ni aku ada masa nak edit blog.....sekarang dah hujung bulan 3, bermakna cite yang aku nak kongsikan dah berlalu sebulan yang lepas...ehehehehehehe.

Hujung bulan 2 yang lepas aku n family pi jalan2 kat pulau..iaitu Pulau Langkawi..inilah 1st time aku jejakkan kasi di sini. Teruja yang amat sangat sebab 1st time aku naik kapal terbang ke Langkawi. Aku pegi sana 3 hari 2 malam...bersama mak mertua n adik ipar...suami n anak x terkecuali..hahahaha.

Memang pemandangan di sana cantik2 belaka..dan aku berpeluang naik kabel car walaupun cuak yang amat..Yang bestnya kat Langkawi ialah antara 1 tempat dgn tempat yg lain mmg x jauh....so pergi selalu pon x apa..cuma time aku gi sana cuaca memang panas terik lah...mmg percutian yg menarik dan sbnrnya byk tpt yg aku x pergi lagi kat Langkawi tu..lps ni klu pegi sana pon maybe ikut jln darat jer..nk merasa naik bot pulak.

Tempat yang aku singgah kat Langkawi seperti kabel car, kedai minyak gamat, pantai chenang, makan Mahsuri (x masuk pon), kedai2 (x igt la nama kedai), tujuh perigi (pon x masuk sbb kena naik bukit), dataran Langkawi.